Apr 29, 2008

Salam Takziah FBI

Terkejut ( keluar juga air mata) bila dapat berita pagi ni FBI (Hot FM) kehilangan anak lelakinya yang baru berusia 12 hari...due to heart complication.

Salam takziah FBI, tabahkan hati untuk isteri dan anak yang masih ada...

Bila dengar berita macamni, rasa tension pulak, coz I'm 28 week pregnant and `na'u'zubillah', lindungi aku Ya Allah dari menerima malapetaka seumpama ini....

Ikan kerapu sweet sour, mak mertua and mak saudara

Ada 3 perkara yang buat wa bengang malam ni and semuanya datang serentak....(please take note if I'm not happy I will refer myself as wa...short form `gua').

1. Order ikan kerapu sweet sour tak sampai, nasi + lauk yang order datang sebelum ikan, bila dah habis makan..ikan tak sampai sampai juga.

2. Terjumpa mak saudara suami aku sebelum makan...mak mertua aku komplen kat mak saudara suami aku ni ( adik mak mertua aku) aku tak call die pada hari dia buat operations on which I did call her before operations and after operations.

3. Mak saudara aku nak potong duit getah mak aku pasal adik aku tak boleh bayar duit denda orang gaji lari( yg at that time guna nama mak saudara aku). Kalau banyak ok jugak, ini tidak RM300 pun nak berkira walaupun kat rumah dia ada mercedez menjalar, BMW, honda civic, honda city, myvi....

Aku bengang betul....lantaklah.....statement laki aku pasal ikan kerapu......nak buat macam mana dah rezeki malam ni... esok aku nak pegi tupai-tupai...pedulikan yang lain.....

Esok bila aku dah tua aku tak mau jadi macam mak saudara atau mak mertua aku...

Aku nak jadi aku...

Apr 5, 2008

Our Dream House - Ground Breaking (5th April 08)

We purchased this piece of land on 23rd July 2002. Located at Kota Damansara surrounded by greeneries, 10 minutes by car to IKEA and CURVE, quiet neighbourhood. Today, finally after spending so much planning, `arguing' on the details of the house plan - we are ready to go on with this big long overdue dream... the `ground breaking' events captured as today:




My husband with the crane hammering the concretes piles..

The piling should complete in 2 days.

This is me and 26 weeks pregnant

Contractores sending more piles because the ground are too soft and need to double up the piles and a hole to our budget...

The `rumah kongsi' where the workers will be staying..






Feb 6, 2008

Puteri Nadia...Cantiknya...

"She has the best of the best facial features, she is so cantik (pretty)"...my mom praising her first granddaughter (my niece) without thinking of my emotional wellbeing...I think every grannies in world will say the same thing about their first granddaughter.


A bit jealous over this little 2 years old girl..I reserve my comments...




Nadia..with her dress her mama bought from India




Shariff and nadia together

Jan 27, 2008

Tak best jadi orang kanan

Tak boleh lelap...blocked nose, heartburn...silap-silap MC Isnin ni.

Dalam tak boleh lelap teringat beberapa kejadian minggu lepas.

1. Contact Jamilah over the phone nak tanya pasal EPF but of course melencong cerita lain.

" I dengar u dah jadi orang besar kat TM". Mil. "Rezki Tuhan nak bagi Mil, I kurang kat anak lebih sikit je kat career. Tuhankan Maha Adil mana ada orang yang ada dan rasa hidupnya perfect.. segunung emas kalau dia ada pun mungkin hatinya tak akan puas juga, kita bersyukur ajelah dengan segala pemberian Tuhan".

2. Semalam

Susah jadi orang kanan, tempat jadi curahan perasaan - suka, duka, marah,kecewa. Secara amnya kalau sesiapa datang nak buat sessi curahan ( be it boss or friends) , first step is to: listen closely, take note, get further clarification, admit mistakes. Bila angin curahan dah reda (selalunya 1 jam selepas sessi curahan), second step: cuba rationalize secara hikmah sekiranya ada perkara kite disagreed, eloknya one to one dengan pencurah. Kalau die nak terima ok, kalau tak betulkan keadaan... jangan fikir kite je betul, don't be defensive, jangan nak berangin....listen first.

Lastly `orang yang sign contract' lah yang kena decide.

Si misai putih

Observant nye.

Ayat pertama keluar dari mulut si misai putih semasa jemput die pulang jogging"Ma...budak perempuan yg pakai seksi tu kena gigit nyamuk kat belakang bahu die...besar-besar pulak tu ada 6 spots". Suamiku tunjuk pada awek cun pakai tshirt shoestring sendat-mendat.

"How far were you behind that girl tadi sampai bole kire 6?" I `tickled' him....

Senggih. I suka suami yang observant macam kucing. Jangan terkam sudahlah ye...

Jan 21, 2008

Rancangan Jahat

"Ma...ikan koi jual kat JJ yang sebesar 1 kaki tu seekor harganya RM58 seekor...mana cukup beli seekor kurang-kurang 15 ekor" My hubby.

"Malam ni ape kata kita bawak net, baldi, kita pergi tangguk ikan koi kat kolam taman one utama, kita bayar guard tu RM50, dapat 5-6 ekor cukuplah" idea datang mencurah...anak-anak mula excited..."nak ikut,nak ikut.."

Ye teruskan kalau mau.....esok keluar kat surat khabar - seorang lelaki pekerja IT, bersama isterinya, pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka telah ditangkap malam tadi kerana cuba mencuri ikan-ikan koi yang berjumlah RM 1000, kerana tak mampu untuk membeli ikan-ikan koi bagi rumah banglo barunya ( harga pasaran banglo tersebut dianggarkan bernilai RM1.2million)...

Itu desperados namanya ...

p/s: memang geram... tengok ikan-ikan koi yang berlambak-lambak kat taman one utama tu, banyak, berwarna-warni, mengikut kita berjalan...nanti i masukkan gambar...